Friday, November 06, 2009

Untitled

SalaAm..

Barusan membaca blog Aidil Khalid. Melepas ketegangan setelah seminggu bergelumang nota-nota PHI454. Jadi rindu pula pada pustaka yang sudah lama tak dikunjungi. Yalah, Jumaat lepas pun sekadar masuk sekejap untuk renew pinjaman melalui talian internet. Entah kenapa sekarang ni rasa malas nak masuk ke bahagian buku sedangkan dulu teruja sangat bila ada masa senggang terutama hari Rabu selepas 3.30.

Kertas kedua sudah dilalui, tak berapa mengujakan. Soalan-soalan ulangan tak ada, jadi ulangkaji yang dibuat tak berapa berkesan. Yang ada pun soalan wajib esei tentang isu sains semasa. Satu lagi soalan sistem. Penat juga mencari jawapan. Mujur juga ada soalan science paradigm yang dah hampir-hampir dijawab macam printer mencetak gambar scanner. Insya-ALLAH soalan tu boleh dapat paling tidak 18/20.

Kertas ketiga sepatutnya Kalkulus, tapi disebabkan sudah ditarik ke 15hb, Akaun mendahului carta. Hari Isnin nanti kena ambil jawapan simulasi dari meja Puan Nazirah. Kata Syu, markahnya 98/100. Kelakar juga bila mengenangkan usaha yang dibuat sebenarnya sangat sikit, dan akhirnya HaWa cuma menunggu kawan-kawan lain menyalin yang selebihnya ke dalam borang simulasi yang sudah separuh disiapkan. Itulah, lain kali kalau janji dengan HaWa pukul 3, kena datang pukul 3. Kalau datang pukul 5, siapkanlah sendiri kerja tu.

Hari seterusnya pula Linear Algebra. Diikuti CCSC415 keesokan harinya. Kena tumpukan pada Linearlah nampaknya. Carry mark sangat tak memikat. Agaknya banyak silap di test ketiga tempoh hari.

P/s:Tak sempat lagi jumpa Tuan Raja..

No comments: