Tak lama lagi cuti semester bermula. Bermakna tak lama lagi Dahlia akan ditinggalkan, mungkin selama-lamanya. Kerja pembersihan sudah mula dilakukan. Ada juga penuntut yang sudah angkat kaki dari kampus.
Memandang ke belakang, banyak juga barang yang perlu ditinggalkan. Tangki penapis air, mustahil untuk dibawa turun naik keretapi dengan mudah. Ringan memanglah ringan, tapi lebih baik ditinggalkan. Takkan semester depan mahu berangkut-angkut lagi? Lainlah kalau HaWa bawa kereta sendiri. (Lesen pun tak ada lagi.)
Buku-buku, sepertinya semua perlu dibawa balik. Taklah sebanyak mana, tapi beratnya faham-faham sajalah. Mujur saja HaWa tak beli buku rujukan Kalkulus yang lebih tebal daripada kamus dewan itu. Muatlah rasanya dimasukkan ke dalam beg roda yang kecil itu.
Sayang rasanya hendak tinggalkan kampus. Lebih-lebih lagi pustaka. Terlalu banyak yang belum diterokai. Mungkin semester depan ada kesempatan. (Mungkin tidak.)
Satu semester di tempat terpencil ini sebenarnya banyak memberi pengalaman. Ukhuwah yang sekian lama menghilang juga sempat tercantum kembali. Di sini juga HaWa diajar erti kegigihan. Yalah, melihat teman-teman senegeri yang mengharung perjalanan jauh semata-mata untuk mendapatkan secebis ilmuNYA. (Kiralah jarak perjalanan dari Sarawak ke Perlis.)
Rindu pada kapal terbang. Di sini tak perlukan kapal terbang. Tak seperti di Sarawak. Kalau di sana lebih mudah menggunakan jalan udara daripada jalan darat. Bayangkan sajalah dari satu daerah ke daerah lain mengambil masa yang sama seperti jarak perjalanan satu negeri ke satu negeri lain di Malaya.
Aduhai! Perak menanti. Apa agaknya yang hendak dilakukan sepanjang cuti? Mentelaah kembali Bahasa Arab, mungkin. Semester depan HaWa ada subjek bahasa ketiga, dan sebaiknya HaWa pilih Bahasa Arab kerana lebih sesuai dengan jiwa HaWa sekarang. Ambil lesen kereta? Entahlah. Rasanya masih ada sedikit fobia untuk duduk di belakang stereng. Kerja? Kalau ada kerja di Kopetro, mungkin boleh. Membongkar khazanah alam di IRC? Menyelongkar perpustakaan UTP? Hmm.. Buku di rumah pun belum habis dibaca.
Kerja pembersihan blog juga sedang dilakukan. Kalau ada entri yang tidak sempat dibaca, maafkanlah. Yang hilang dari senarai itu semuanya sudah dibuang terus. Yang mana HaWa rasa menyemak dan HaWa sendiri pun tak akan baca, HaWa sudah buang. Selepas ini mungkin latar belakang pula yang menjadi mangsa.
Hari ini follower sudah bertambah kepada 32 orang. Terima kasih kerana sudi melawat.
P/s: Kerja membersihkan makanan berbaki di dalam loker belum dibuat. Ada sesiapa yang sukarela hendak buat? Silakan datang. . Tak bersentuh pun lagi makanan tu.. Haha..
6 comments:
salam hawa...
dah nak blik umah ek?
best3...
ramai la follower hang...
smakin brtambah nmpak...hehe!!
hepi holiday to U...
salam terjah...nice blog...
Salam hawa,
selamat mengemas barang. Penat tu...Buku-buku tu pun walaupun berat, dialah khazanah beharga kita kan...Yalah susah senang kita belajar dan nak dapatkan semua buku tu,sayang pula kalau ditinggalakn
Salam Hawa.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang,amin
selamat bercuti..semoga dimanfaatkan dengan perkara berfaedah..jemput ke blog sy..tq
salam..
anaklaut pun rindu pada flight jugak..
Post a Comment