Oleh kerana hari ini (dan sejak kebelakangan ni) tak ramai orang di kedai antara jam 9 dan 10, MLappy menjadi teman setia sama ada untuk membuat tugasan kuliah atau menyambung proses menaip Cahaya Idaman yang terhenti dan terhalang beberapa kali.
Hari ini kebetulan wireless agak lancar, HaWa pun dengan rasa melonjak-lonjak ingin tahu cuba Google nama sendiri di Google (Biasanya HaWa buat carian di Yahoo). Keluar beberapa senarai. Antaranya adalah daripada IJN(link)! Aduh! Terlepas satu peluang lagi rupanya.
Peluang tu sangat sukar untuk dicari balik. Kenapalah tak terfikir nak buat google search sebelum ni? Nampaknya rezeki HaWa memang di UiTM. Bond IJN 6 atau 7 tahun lepas belajar 3 tahun, tapi salah satu minat HaWa menjurus ke arah itu. Tak kisahlah kalau keluar dengan sijil diploma pun, sebab masa apply tu pun sebenarnya HaWa sudah jangkakan keputusan Matrikulasi HaWa taklah sebaik mana. Agak mustahil nak dapatkan 3.2 sebab result sem 1 tak mencecah 3 pun.
Kisah Aleeya sebenarnya berasal dari impian menjadi doktor, tapi lepas naik tingkatan 4, HaWa jadi mabuk darah (sikit. Kalau setakat setitik dua tu tak apalah. Kalau sudah sebaldi {darah siapa sebaldi tu?}, pening lalat juga jadinya. Mula-mula perasan masa pertama kali masuk ke tempat kawan-kawan derma darah. [HaWa tak pernah berkesempatan menderma sebab selalunya doktor yang periksa tu perasan HaWa punya tekanan darah sangat rendah. 96/60. Pernah 88/62. Tekanan darah manusia normal puratanya 120/80. Kadang-kadang kiraan darah merah rendah. Ada sekali lagi, bulan mengambang pula])..
Jadi impian tu HaWa upgrade jadi peguam (konon [yang ini kisah Hajar]), pun melepas juga. Dua tawaran yang sampai, tapi kedua-duanya terpaksa ditolak sebab tak ada dana. Bayangkan sajalah kalau yuran pendaftaran saja sudah mencecah B$3000. Kalikan dua, tak makanlah keluarga HaWa sebulan, mungkin dua bulan. Tawaran pertama, asasi Undang-undang Syariah USIM, pun terpaksa ditolak sebab HaWa sudah mendaftar di matrikulasi.
Sekarang ni HaWa ikut saja alirannya. Tapi masih juga terselirat dengan kisah Cahaya Idaman. Kisah Zamil. Hampir sama, bukannya 100% sama. Zamil pelajar Pengurusan Perniagaan. Setiap kali masa Akaun, HaWa teringat Zamil. Sangat kelakar. [Wake up, HaWa! Zamil only exist in Cahaya Idaman!]
Lain kali cuba-cubalah search nama sendiri di google dan seumpamanya. Manalah tahu tiba-tiba tersenarai sebagai pemenang cabutan bertuah ke.. Hahaha.. Mengarutlah pula..
Ada sesiapa nak cuba nasib di Google? (Carian di Yahoo sangat lembab di kampus ni, walaupun sepatutnya talian kuat di Mushroom.)
P/s: Jauh sangatkah nama tu dari nama "HaWa"? Jangan tanya kenapa HaWa bahasakan diri sebagai HaWa. Hanya orang tertentu yang tahu.
No comments:
Post a Comment