SalaAm..
Sudah 3 hari HaWa bercuti dari aktiviti penulisan blog. Hari pertama adalah pada 29 Ogos 2009, hari ulangtahun HaWa ke-19. Kepada sesiapa yang mengucapkan selamat, HaWa ucapkan terima kasih. Tak dapat HaWa senaraikan di sini.
Hari kedua pula disulami kisah duka. Rasanya sudah terlalu lama tak menulis sehingga idea yang mencurah-curah dari dalam diri ini melimpah keluar ke dalam diari.
Tak semena-mena kafe siber di kampus ini tutup kedua-dunya, disertai dengan penutupan perpustakaan bersempena cuti entah apa. Sepatutnya pustaka dibuka pada hujung minggu. Penat HaWa tunggu dari pukul 9 sampai pukul 11 pagi.
Hari ketiga, HaWa cuba buka blogger dari kafe, tapi talian internetnya terlalu "cepat". Sakit hati saja yang HaWa dapat.
Hari Jumaat yang lalu HaWa terhilangkan kedua-dua Thumbdrive* Kingston HaWa, tertinggal di dalam makmal LAB02 selepas kelas terakhir pada hari Khamis. Sedih betul rasanya. Kepada sesiapa yang ter'ambil', tolonglah pulangkan. Banyak kerja yang sudah siap di dalam Thumbdrive* itu.
Esok-esok mungkin menjanjikan hari yang lebih mengharukan.
*Kata nama khas
No comments:
Post a Comment