SalaAm..
Hari ini aku terdesak untuk meminjam buku dari perpustakaan. Desakan itu datangnya dari dalam diriku. Sekarang jumlah buku yang HaWa pinjam dari perpustakaan adalah 8 buah kesemuanya, seperti yang biasa HaWa lakukan, untuk memenuhi kuota yang diperuntukkan bagi setiap pejalar.
4 buah buku motivasi, 2 daripadanya adalah hasil tangan Puan Ainon Mohd. dan suami beliau, Prof. Abdullah Hassan, serta 4 buah buku hikayat, 2 daripadanya kisah benar, 3 daripadanya terbitan PTS Publications.
Kegilaan HaWa terhadap buku-buku tulisan tangan Puan Ainon dan terbitan PTS semakin menjadi-jadi. Apa agaknya yang HaWa akan lakukan kalau tak ada lagi buku-buku bermutu seperti itu untuk dibaca? Mungkin menyelongkar khazanah alam di bahagian pemprosesan buku pula.
Kelakar, bukan? Entah dari siapa HaWa mendapat penyakit gila buku seperti ini. Kalah ayah HaWa sendiri.
Hari ini sahabat terbaik yang HaWa pernah ada telah meminta bantuan untuk mentiapkan satu esei bertajuk bebas sepanjang 350 patah kata. Agaknya kerana keadaan terdesak ini dia sampai mengabaikan egonya. Tak apalah, sahabatku. HaWa akan cuba bantu, sepertimana kamu membantuku menghadapi dugaan semasa di sekolah dahulu. Moga pertemuan kita sempena hari raya yang akan menjelang nanti tidak terbatal. Aku amat merinduimu.
1 comment:
wow...baguslah Hawa baca banyak buku...kalau ikutkan statistik dari mane aku pun tak pasti,purata rakyat membaca sebanyak 2 buah buku setahun...bayangkan!!
Post a Comment