Friday, August 28, 2009

Hari Yang Indah Ini Janganlah Dicemari.

SalaAm..

Hari Jumaat adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyanak orang. Hari Jumaat menandakan cuti hujung minggu akan bermula. Walaupun negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu mewartakan cuti pada hari Jumaat dan Sabtu, penduduk di negeri-negeri lain turut merasa tempiasnya sehinggakan ramai yang sudah menyiapkan barang-barang untuk dibawa pulang ke kampung sejak hari Rabu lagi.

Nampak kelakar. Tapi itulah realitinya. Pengalaman tinggal di beberapa buah negeri berlainan membuka pandangan HaWa untuk melihat kerenah beribu-ribu orang. Bukan sekali HaWa melihat situasi seperti ini. Selalunya HaWa akan jadi pemerhati saja kerana HaWa tidak berminat untuk pulang ke kampung sekiranya cuti yang diwartakan hanyalah setakat 3 hari. Buat penat badan saja.

hari ini cuaca kelihatan cerah setelah sejak minggu lepas hujan turun tak kira masa. Kadang-kadang sampai 4 kali dalam sehari; awal pagi, lewat pagi, petang dan malam. Penat juga menanti hujan berhenti supaya baju-baju yang sudah dicuci dapat dikeringkan dengan sebaiknya.

Harap-harap jejaka-jejaka di luar sana sudah berada di masjid-masjid kerana azan sudah berkumandang. Hari yang indah ini janganlah dicemari.

No comments: