SalaAm..
Idea datang mencurah-curah sehingga tertumpah dari perbatasan minda. Akhirnya topik yang menjadi pilihan adalah luahan kata-kata secara rambang. Mungkin itu adalah yang terbaik dalam situasi manusia di sekeliling masih sibuk menyambut ketibaan bulan yang mulia, Ramadhan yang dirindui.
Hari ini HaWa mendapat ilham untuk penulisan cerita remaja. Diari Ramadhan Hajar. Kisah ini nampak menarik pada pandangan mata HaWa tetapi malangnya ia bermusim. Buku yang diterbitkan dengan tema seperti ini hanya akan laku keras dalam musim Ramadhan.
Pukul 3.30 petang tadi HaWa baru siapkan kertas projek TITAS. Lega juga rasanya sebab dapat siapkan awal. Masih ada masa 3 minggu sebelum pembentangan.
Harap-harap segalanya berjalan lancar.
Apa kenalah logo kempen tu tak mahu masuk-masuk..
No comments:
Post a Comment