Sunday, August 23, 2009

Dunia Buku 2

SalaAm..

Dunia buku. Dunia yang selalunya dilalui oleh orang yang pendiam dan pemalu. Kadangkala HaWa pun pelik kenapa stigma masyarakat kita seperti itu. HaWa ni pemalukah? Atau pendiam? HaWa rasa tidak sama sekali. Malah HaWa adalah antara orang yang paling banyak cakap, tapi bercakap benda-benda ilmiahlah. Jadi selalunya orang tak larat nak layan..

Dunia buku ni sebenarnya membuka minda kita terhadap dunia luar. Tetapi ramai yang menganggap "ulat buku" mempunyai minda tertutup. Apa kelebihan kisah kontroversi artis berbanding nikmat ilmu yang ALLAH beri pada kita?? Bukankah lebih baik mengisi minda dengan buku daripada mendengar cerita yang entah benar, entah tidak tentang artis dan selebriti.

Dunia buku. Ilmu bukan hanya di buku, tetapi sebenarnya ilmu ada di mana-mana. Hatta di dalam lubuk hati kita yang paling dalam. Ilmu apa yang ada di sana? Ilmu tentang fitrah kita yang sebenar. Dari sanalah kita perlu bermula kalau hendak mengenal ALLAH. Dari sana jugalah kita perlu bermula kalau kita hendak mengenal manusia.

Dunia buku. Indah sungguh anugerah ALLAH pada manusia sehingga dapat mencipta buku dan mencoret tulisan-tulisan yang bakal menjadi buku. Bayangkan dunia kita tanpa buku. Apakah kita akan mampu menggunakan komputer? Apakah kita akan mampu mengira kalkulus dan aljabar linear? Apakah kita mampu membaca??

Dunia buku. Dunia yang aneh, tetapi sebenarnya tidak jauh dari pemikiran dan kehidupan kita. Kerana buku manusia dapat hidup aman, kerananya jugalah manusia boleh bertelingkah.

Dunia buku. Memang buku mengandungi ilmu, tetapi ilmu itu tempatnya adalah di dalam hati manusia. Di sanalah tempat paling selamat untuk ilmu. Ingatlah janji ALLAH, kiamat akan tiba setelah ilmu ditarik dan cara penarikannya ialah dengan mematikan ulama.

ILMU MENJAGA KITA, TETAPI KITA MENJAGA HARTA. ADILKAH KITA??

No comments: