Sahabat
Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan yang kau lihat pada dirinya, kau akan membencinya sedangkan dirimu juga punya kelemahan.
Andai kau ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmu pengetahuannya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya sedang diri sendiri pun tidak berapa berilmu.
Andai kau ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya walhal kau juga tidak bisa membuatnya tersenyum.
Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa, seperti dirimu juga.
Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Setiap manusia dijadikan tidak sempurna tapi pelbagai kebolehan dan ketidakbolehannya itu adalah saling melengkapi. Hatta seorang bayi yang masih merah juga adalah pelengkap dalam kehidupan kita.
Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna tapi bersahabatlah kerana ALLAH.

Salam Ramadhan yang penuh keberkaran.
No comments:
Post a Comment