SalaAm..
Sedang berusaha menghabiskan bacaan Hikayat Abdullah yang sudah lama dicari-cari. Ada sesuatu yang menarik perhatian HaWa dalam buku terbitan semula oleh PTS itu (pastinya bukan tulisan tangan yang asal oleh Munsyi Abdullah, bukan? Di manalah agaknya aku akan mendapatkan manuskrip paling berharga itu??)
Isu pemansuhan PPSMI mungkin sudah agak reda tetapi pasti ramai yang tidak tahu fakta ini. Seorang pegawai Inggeris yang menjadi murid Munsyi Abdullah telah mengajak beliau untuk menterjemahkan buku ilmu kira-kira ( sekarang pastilah dikenali sebagai matematik ) dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu supaya mudah untuk anak-anak Melayu belajar.
Nampak gayanya mereka juga pernah berjasa kepada anak-anak Melayu walaupun banyak juga kerosakan yang mereka lakukan di bumi tempat kita berpijak ini. Yang HaWa hairankan, kalau pegawai Inggeris boleh berfikir seperti itu untuk membantu anak-anak Melayu, setakat manakah ketinggian ilmu individu Melayu yang mencadangkan supaya anak-anak bangsanya belajar dalam bahasa Inggeris?
Aku masih berfikir..
No comments:
Post a Comment