Wednesday, August 05, 2009

Dunia Buku

SalaAm..

Baru-baru ini, seluruh kampus UiTM telah diarahkan untuk mengawalkan tarikh cuti pertengahan semester yang memberi makna pelajar digalakkan pulang dan mengkuarantin diri sendiri (sedih betul ayat ni..). Natijahnya, cuti raya dilewatkan dan cuti minggu ulangkaji dibatalkan untuk memberi laluan kepada tenaga pendidik untuk menamatkan sidang pengajaran bagi semester ini.

Itu mungkin berita kurang baik bagi segelintir penuntut yang sememangnya menganggap masa cuti adalah emas yang dinanti-nanti setelah beberapa minggu berhadapan dengan kuliah tanpa henti dan tugasan yang tidak mengira waktu. Bagi peminat buku yang fanatik pula (aku istilahkan GILA BUKU, akulah tu..) ada berita baik yang menanti sebaik sahaja aku kembali ke kampus dan berita itu menghapuskan kesedihan (hoho.. tak sedih pun..)akibat masa cuti yang dipendekkan. Buku-buku baru telah tiba dan diproses sepanjang seminggu tempoh percutian dan kebanyakannya adalah dalam bentuk fiksyen, buku rujukan utamaku jika hendak menulis.

Selalunya penulis akan mencari fakta di sebalik sesuatu cerita, tetapi bagiku, yang lebih penting adalah gaya bahasa di sebalik penulisan itu. Gaya bahasa yang boleh dikomersialkan tetapi tidaklah merosakkan budaya dan bahasa ibundaku. Aku juga telah menemui satu siri buku yang elok untuk pelajar, terutama yang ingin tahu tentang kerjaya yang akan dihadapi mereka setelah bergelar graduan. Malangnya buku itu hanya terdapat dalam bilangan judul yang terhad.

Aku masih berharap aku mempunyai masa yang cukup untuk melihat buku hasil tulisanku berada di pasaran.

No comments: