Thursday, August 27, 2009

Bila Pena Mula Berkata-kata..

SalaAm..

Pena pandai berkata-katakah? Bagaimana caranya? Bukankah pena itu makhluk yang tidak pernah bernyawa?

Sedar atau tidak, sebenarnya setiap pena itu ada nyawanya. Kadangkala pena itu melakukan kesilapan, tetapi ada masanya ia juga mampu mengubah dunia supaya menjadi lebih indah.

Sedarilah wahai saudaraku, apa-apa yang kita catatkan sebenarnya menunjukkan bahawa pena itu bernyawa. Kitalah yang emberi nyawa kepadanya dengan kehendak ALLAH. Beginilah caranya pena bisa berbicara. Dia hanyalah makhluk kecil yang menurut kata-kata orang yang mengendalikannya.

Berhati-hatilah apabila melakukan kerja-kerja penulisan kerana pena yang kita gunakan itu boleh menjadi saksi untuk menjatuhkan kita di hadapanNya, sepertimana bulu-bulu mata, kaki dan tangan kita juga..

No comments: