SalaAm..
Stigma? Apa? Yang ada pada bunga tu? Bukanlah. Baca dulu sebelum buat kesimpulan. Tolong jangan buat orang naik angin, ya.
22 November lalu, HaWa ikut kursus penterjemahan yang dianjurkan oleh PTS Publications. Di sana HaWa berjumpa dengan Puan Ainon Mohd, pemilik dan pengasas PTS. Kali pertama HaWa dengar namanya adalah semasa di tingkatan dua atau tiga, pada buku tulisannya yang pertama HaWa terjumpa. HaWa ingat lagi tajuknya, Bahasa Badan dalam Percintaan. Puan Ainon menulis bersama Prof. Emeritus Abdullah Hassan, pensyarah di UPSI. Kalau dibuat pencarian di internet, banyak buku yang mereka tulis bersama. Sebabnya? Hmm.. Apa ya? Eh, Prof. Abdullah tu suaminyalah.
Stigma masyarakat terhadap buku mesti diubah. HaWa penat mendengar komen yang salah tentang buku-buku yang HaWa dah baca. Contohnya, kalau novel, kisahnya mesti tentang seorang perempuan yang mencari cinta, berkonflik di tengah-tengah cerita dan akhirnya bahagia bersama suaminya. Adakah semua novel begitu? Hmm..
Siapa pernah baca novel HM Tuah Iskandar? Stefa Isle? Novel satu lagi yang HaWa dah baca HaWa terlupa tajuknya. Tapi nama wataknya sama. Kisahnya lain. Novel Stefa Isle langsung tak ada menyebutkan bahawa Marlia mengejar cinta, tetapi dia mengejar cita-cita. Sampaikan dia sanggup melarikan diri ke London dan akhirnya terlibat dalam kemelut pendidikan kolej ‘hantu’ di sana semata-mata kerana melulu hendak membuktikan bahawa dia mampu berjaya seperti abang dan kakaknya. Ada persamaan dengan stereotaip yang ada dalam kalangan masyarakat tak?
Pandangan masyarakat terhadap tajuk buku, menurut Puan Ainon, banyak menguntungkan PTS. Katanya sebagai contoh, para suami yang membeli buku Tips-tips Poligami dengan harapan hendak mendapatkan cara memujuk isterinya supaya membenarkannya berkahwin lagi. Tapi dia segan untuk dilihat membawa buku itu. Jadi, dia mengambil satu lagi buku dan diletakkan di atas buku tentang poligami yang dibelinya. Dengan cara itu, syarikat penerbitan mendapat keuntungan lebih kerana pembeli membeli dalam jumlah yang lebih. Tapi sebenarnya di dalam buku itu cuma ada doa pelembut hati, dan untuk isteri pula, doa tolak bala. Kelakar.
Adakah orang dewasa yang membaca buku kanak-kanak kerana dia hendak menjadi kanak-kanak? Mungkin ada, tapi semuanyakah begitu? Adakah orang yang membaca buku tentang undang-undang semuanya berminat untuk mengambil jurusan undang-undang? Tidak adakah kemungkinan bahawa mereka hanya berminat untuk melepaskan diri daripada kesalahan dengan cara mengetahui hak-hak mereka? Adakah semua orang yang membeli buku tentang nikah berniat untuk mendirikan rumah tangga? Adakah buku yang pada tajuknya ada perkataan ‘nikah’ bercerita tentang cara-cara bernikah semata-mata? Malah mungkin tak ada mengisahkan tentang nikah sama sekali, tetapi tentang kehidupan.
Pelik. Kenapa manusia suka berpandangan stereotaip? Mungkin tidak semua, tetapi kebanyakan manusia suka menyalahkan orang atas kesalahan yang orang lain lakukan. Bukankah semua manusia berbeza?
Yang lebih pelik, ada orang yang melihat gambar-gambar kecil, dan menyimpulkan bahawa orang yang meletakkan gambar itu sedang berperasaan begitu sedangkan gambar yang besar terpampang tidak dipandang langsung. Manusia memang pelik, kan?
3 comments:
Hawa, manusia itu unik..semakin kita kaji tentang manusia...semakin seronok kerana kita akan temui pelbagai kerenah manusia dan di antara seorang dengan seorang yang lain, tidak ada yang sama.
salam...ukhwah,
miss Hawa,
tak positif lah asyik berpandangan stereotaip kan? perlu proaktif la sikit..
tq singgah anaklaut..
mungkin manusia memang suka menilai buku dari kulitnya...
sama macam mane manusia menilai manusia yang lain....
dari rupanya saje...
hehe!!
Post a Comment