Monday, August 17, 2009

Lagi Tawaran Hebat!

SalaAm..

Semalam selepas selesai menulis pos untuk blog ini, HaWa terima panggilan dari orang yang tidak dikenali. Mula-mula rasa ragu juga nak sambut, tambahan pula masa tu HaWa masih di pustaka. Melihatkan nombor yang tertera pada skrin itu nombor telefon dari kawasan utara (+6047******) HaWa angkat juga. Oh, rupanya dari kolej! Kolej mana, HaWa tak tahu. Perbualan HaWa (H) dengan wanita (A) tu lebih kurang macam ini.

A: Boleh saya bercakap dengan Cik ...(Rahsia.. Mana boleh beritahu nama penuh.. Tak mahu!)
H: Ya, saya. Ini siapa?
A: Cik ada dapat surat tawaran tak? (Tak menjawab soalan.. Satu kesilapan.)
H: Surat tawaran apa tu?
A: Surat tawaran untuk program Diploma Psikologi. (Apa?)
H: Maaf, saya tak tahu.. Tapi saya dah masuk U.
A: Cik nak terima atau tidak?
H: Saya rasa tak. (Sedih betul..)
A: Jadi kami batalkanlah tawaran ini, ya?
H: Ya. Tak apa..
A: Okey, terima kasih. Maaf sebab mengganggu.

Tawaran itu tawaran ketiga yang HaWa suka tetapi terpaksa HaWa tolak sejak SPM. Sebenarnya HaWa nak terima tawaran itu, tapi mengenangkan HaWa terpaksa mengulang (sebab HaWa dah ada sijil Matrikulasi KPM), HaWa tolak dengan hati yang berat.

HaWa terfikir juga, mungkin rezeki HaWa bukan dalam bidang psikologi, atau bidang undang-undang. HaWa tahu HaWa masih ada peluang untuk memasuki bidang itu selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Matematik Pengurusan) yang HaWa ambil sekarang. Kalau ada kesempatan, HaWa pasti akan ambil peluang untuk capai impian itu. Mudah-mudahan tergapai juga nanti..

Situasi: Gembira campur sedih. Sudah dua tawaran untuk tahun ini. Mungkin ada lagi yang menyusul nanti..

No comments: