Hari ini kuliah CSC415 yang dijadualkan bermula pada 10 pagi dibatalkan. Untuk mengisi masa, HaWa "berkunjung" ke pustaka buat kesekian kalinya minggu ini. Dapatlah HaWa menyambung kerja menaip dan mengedit Cahaya Idaman.
Dalam pada itu, HaWa juga "meminta" bantuan internet untuk menterjemahkan satu artikel yang diberikan oleh pensyarah PHI454 semalam. Letih juga rasanya menterjemahkan artikel itu tanpa kamus. Mujur saja artikel sepanjang hampir 6 mukasurat penuh itu hanya perlu dihantar pada hari Khamis.
Masa untuk sambung kerja!
No comments:
Post a Comment