SalaAm..
Minggu ni minggu terakhir untuk pelajar-pelajar matrikulasi, tak kiralah di mana jua berada, membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir dan mempersiapkan diri untuk menempuh alam universiti. Tapi ada juga yang tak reti-reti bahasa (aku la tu!) masih leka duduk di depan komputer bermain game (sekurang-kurangnya aku surfing blog dengan fb je..) tanpa terlintas membuat persiapan untuk ujian.
Memang seronok duduk berjam-jam di depan komputer apatah lagi kalau internet tengah lancar (KMKN selalu jammed). Kadang-kadang tu sampai tak ingat waktu solat (ni yang tak bagus ni..). Tapi selalunya orang macam ni la nanti yang akan mendermakan F dalam gred keseluruhan kolej.. Buat malu je. Kata kolej nombor 1 kat Malaysia!
Ha.. Sudah-sudah la mengutuk tu. Lepas ni nak outing, pergi ke KIDU (Kolej Islam Darul Ulum, Kuala Nerang) jumpa kawan-kawan lama yang aku kenal masa di KBA (Kursus Bahasa Arab) awal tahun lepas (1 Januari 2008, menyebabkan aku lebih lama berada di tempat terpencil ni daripada rakan-rakan sematrikulasi yang lain yang bukan berasal dari Kedah..).
Petang nanti pula pukul 3 ada jamuan akhir tahun PRD (Pembimbing Rakan Dinamik @ PRS kalau kat sekolah dulu) di restoran paling berprestij di lubuk Kuala Nerang a.k.a Selasih (aku tak pernah jejak kaki pun kat situ..). Kalau tak mengenangkan ni program terakhir bersama keluarga PRD, aku memilih untuk tak pergi. Sebabnya?? Aku tak suka pakai T-shirt!! Dahla T-shirt kolej yang kaler oren pulak tu.. kenapalah Sir wajibkan pakai T-shirt tu?? Tak suka! Tak suka!
P/S: Aku terpakai blog rasmi aku hari ni untuk benda peribadi macam ni.. Sepatutnya letak dalam blog lain.. Tak apalah.. Tapi maknanya ini melanggar ruang kerja aku. Tak apalah. Lain kali tak buat dah.. Mungkin sebab isinya panjang aku letak kat sini. The World of Mine tu selalunya untuk cataan diari ringkas je (termasuk sesi mengutuk..)
No comments:
Post a Comment