SalaAm..
Pada saya, pendapat itu memang baik. Tetapi, ia akan menyusahkan pelajar dan guru. Terutama yang mengambil banyak subjek. Saya sendiri sudah merasa bagaimana susahnya mengambil 12 subjek semasa SPM, dan itu sudah cukup memenatkan. Apatah lagi bagi mereka yang mengambil sehingga 20 subjek. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mengambil terlalu banyak subjek. Keadaan dunia hari ini mendesak pelajar untuk menjadi lebih berdaya saing.
Saya akui saya memang tidak menyokong PPSMI walaupun saya boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Hal ini demikian kerana saya selalunya akan menjadi rujukan untuk menterjemahkan apa-apa istilah yang tidak difahami oleh rakan-rakan. Bagi pelajar yang mahir berbahasa Inggeris, perkara ini memberi impak positif dan negatif. Masa belajar saya terganggu dan pada masa yang sama saya lebih memahami pelajaran tersebut. Jadi, saya tidak tahu hendak membantah atau menyokong PPSMI. Tetapi saya lebih kepada tidak menyokong. Di hati saya menyokong:membantah adalah 40:60.
Semasa di sekolah, saya pulang pada pukul 2.30 setiap hari melainkan Jumaat. Itu pun disebabkan salah satu masa yang diperuntukkan bagi matapelajaran EST digugurkan daripada jadual untuk memberi laluan kepada matapelajaran lain. (Untuk pengetahuan, saya mengambil jurusan Sains Tulen Agama). Jika dalam keadaan ini kami sudah kepenatan, apatah lagi jika metapelajaran yang sekarang diajar dalam bahasa Inggeris dijadikan matapelajaran dwibahasa. Pelajar terpaksa mengaitkan topik yang berbeza dengan cara menterjemah terlebih dahulu. Bagi matematik, matematik tambahan dan fizik mungkin tidak banyak masalah kerana kebanyakan topik berkaitan pengiraan. Bagaimana dengan sains, kimia dan biologi? Istilah dalam bahasa Melayu kadangkala jauh berbeza daripada bahasa Inggeris. Contohnya mangkin dan catalyst. Perkara ini akan membuatkan pelajar keliru dan keputusan jatuh merudum.
Saya harap pihak berwajib akan mempertimbangkan apa sahaja keputusan yang akan mereka laksanakan kerana hal ini berkaitan masa hadapan negara. Jangan sampai kemerdekaan kita terhakis hanya kerana perbalahan tentang bahasa..
dari link
http://universitipts.com/index.php/site/comments/surat4/
Baca semula perkataan yang ditebalkan sebelum memberi komen. "..terhakis kerana perbalahan tentang bahasa..".
5 comments:
Generasi kedua Malaysia (Lahir tahun 1970-1990) mengalami kesukaran dalam bahasa Inggeris kerana tidak dilatih sejak kecil lagi.
Selari dengan ajaran Islam iaitu mengajar anak sembahyang sejak dari kecil, konsep ini boleh diguna pakai dalam menimba ilmu.
Generasi kedua ini lebih banyak mengalami masalah dalam pembelajaran sains dan matematik semasa menuntut di peringkat matrikulasi dan universiti kerana asas sains dan matematik dalam bahasa inggeris amat lemah. Hanya segelintir sahaja yang dapat pergi jauh.
Dengan mengajar sains dan matemtik sejak darjah 1 (malah, ada tadika dan tabika swasta yang mengajar sejak kecil) dapat membina asas kukuh murid-murid dalam subjek sains dan matematik.
Sebagai contoh, Singapura dan India mengamalkan pembelajaran sains dan matematik dlam bahasa Inggeris di samping bahasa-bahasa lain. Hasilnya, negara India adalah antara pelopor pembangunan kejuruteraan dan perubatan terbaik di dunia.
Jika dirisaukan dengan identiti bangsa, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dalam sains dan matematik bukanlah landasan yang sesuai, malah akan menyebabkan bahasa Melayu dirojakkan lagi dengan bahasa Inggeris lebih besar risikonya. Penduduk India tidak pun kehilangan identiti bangsanya yang terdiri daripada pelbagai suku kaum iaitu Hindi, Sikh, Tamil dan lain-lain walaupun bahasa rasmi kebangsaan mereka adalah bahasa Inggeris.
Selari dengan pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya, langkah ini dilihat sesuai untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dan pelajar dalam asas sains dan matematik.
Allah berfirman:
"Bacalah, dengan nama Tuhan Yang Menciptakan." (Al-Alaq, 69:1)
Allah menuntut umatNya agar menuntut ilmu. Maka, janganlah usaha murni ini diprejudiskan oleh orang-orang terpengaruh untuk menjatuhkan bangsa sendiri.
Jawapan kepada tulisan blog beralamat http://muhammadlutfi.blogspot.com/2009/03/6-sebab-mengapa-ppsmi-perlu-ditolak.html
1. Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak dinyatakan secara jelas bahawa bahasa Melayu bahasa pendidikan melainkan perkara-perkara rasmi kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Negeri.
Bahagian XII, Perkara 152, Perenggan 1(a) menyatakan bahawa "tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain".
Ini membuktikan tidak ada halangan dari Perlembagaan Persekutuan untuk menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pendidikan. Tindakan kerajaan ini tidak memberikan imej negatif kepada mana-mana negara mahupun organisasi lain kerana PPSMI dijalankan mengikut garis panduan Perlembagaan Persekutuan.
2. Hujah yang dikeluarkan ini sangat lemah kerana tidak dinyatakan sekali dengan bukti statistik yang nyata dan jelas. Dengan menyatakan bahawa tahap kefahaman pelajar menurun juga tidak relevan dengan hujah yang dikeluarkan kerana kefahaman pelajar tidak boleh dinyatakan sebagai statistik mutlak. Kefahaman pelajar hanyalah suatu tanggapan relatif sahaja.
Menurut statistik dari Kementerian Pelajaran Malaysia, saban tahun jumlah pelajar yang menjawab peperiksaan awam utama negara dalam bahasa Inggeris meningkat dengan peratusan yang menjawab bahasa Inggeris telah menjangkaui jumlah yang menjawab dalam bahasa Melayu. Untuk menjawab hujah tadi, peningkatan ini menunjukkan kefahaman pelajar meningkat dan ini membuktikan keberkesanan penggunaan PPSMI.
Jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang (A dalam UPSR, PMR dan 1A/2A dalam SPM) juga telah meningkat dan dapat mengatasi jumlah pelajar sebelumnya. Statistik ini membenarkan lagi tahap kompetensi pelajar dalam PPMSI.
3. Pendapat ketiga ini menunjukkan hujah yang hanya berlandaskan pendapat atas angin. Penulis tidak merujuk kepada perkembanga trend semasa iaitu kepentingan bahasa Inggeris dalam pembangunan sains dan teknologi.
Tidak salah untuk mempelajari bahasa ketiga, namun keperluan bahasa Inggeris untuk sentiasa bersaing di peringkat antarabangsa adalah lebih kritikal berbanding bahasa ketiga yang dicadangkan oleh penulis.
Discovery Channel pernah menayangkan beberapa siri rancangan dokumentari tentang kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat negara China. Menjelang Olimpik 2008, lebih 1 juta penduduk China diberikan latihan berbahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya setahun. Ini menunjukkan bahawa negara China juga memberikan perhatian khusus kepada rakyatnya agar dapat menguasai bahasa Inggeris walaupun bahasa Mandarin dipraktiskan lebih 1 bilion penduduk di dunia dan merupakan bahasa yang paling banyak jumlah penggunaannya di dunia.
Inferens penulis tidaklah mustahil untuk berlaku, tetapi jika mengikut rasionalnya, bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa utama di dunia.
Jepun, Russia, Korea dan beberapa negara maju lain juga memberikan keutamaan rakyatnya untuk menguasai bahasa Inggeris berbanding bahasa ketiga mereka.
Malah, India yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pentadbiran dan pendidikan juga menunjukkan keberkesanan mereka iaitu menjadi antara pelopor utama dunia pembangunan sains dan teknologi serta kejuruteraan dan perubatan.
4. Sesungguhnya penulis adalah lebih buta sejarah dalam pendapatnya. Perkembangan sains dan teknologi pada tamadun awal manusia berkembang perlahan dan tidak agresif seperti zaman kini. Pada masa itu juga, tiada lagi istilah dunia tanpa sempadan serta globalisasi. Perkembangan teknologi pada masa itu hanyalah merangkumi kawasan pemerintahan dalam suatu kerajaan hinggalah kerajaan itu runtuh lalu teknologinya dipindahkan kepada kerajaan baru.
Pada masa lalu, usaha penterjemahan dapat dilakukan dengan baik dan hasil penterjemahan memberikan kesan baik kepada pembangunan tamadun sesebuah kerajaan kerana majoriti penduduk tidak didedahkan kepada budaya tamadun luar. Hanya cerdik-cerdik pandai sahaja yang didedahkan dengan semua itu. Jadi, usaha penterjemahan membuahkan hasil kerana hasil terjemahan itu dapat membangunkan rakyat tempatan dan kemajuan mereka juga berkembang dengan perlahan selari dengan kelembapan pembangunan sains dan teknologi pada masa itu.
Pada masa ini pula, pelbagai jenis media dan kemudahan boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat terbaru dari seluruh dunia. Globalisasi telah merapatkan jurang geografi antara Timur dan Barat dengan panttasnya. Jika kitam masih mahu menggunakan cara lama iaitu hanya cerdik pandai sahaja yang menguasai bahasa luar lalu menterjemahkan dalam bahasa ibunda, pastinya usaha itu hanyalah sia-sia kerana kekerapan pembangunan sains dan teknologi pada masa kini adalah tinggi iaitu hampir satu hasil sains dan teknologi setiap hari. Jika kita mengambil masa 30 tahun untuk menterjemahakan sebuah buku, pastinya kita akan mundur dan ketinggalan.
Oleh demikian, cara yang terbaik adalah menggalakkan rakyat untuk menguasai bahasa Inggeris (pada masa kini) agar keseluruhan rakyat dapat dibangunkan dengan sama rata.
5. Tujuan PPMSI ini bukanlah bertujuan utama untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris dari segi kompetensi berbahasa, penulisan dan perngucapan tetapi meningkatkan pelajar dalam pelajaran sains dan teknologi. Inilah pemikiran ideologi sempit yang telah dikeluarkan oleh penulis. Penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan, pengucapan dan berbahasa hanyalah bonus dalam usaha kerajaan ini.
Tujuan kerajaan melaksanakan PPMSI adalah untuk memberikan asas kukuh kepada pelajar dalam subjek sains dan matematik agar dapat memberikan persaingan dalam peringkat global dalam sains dan matematik.
Jika dilihat sekarang, mahasiswa universiti masih mengalami masalah untuk memahami asas dalam sains dan matematik apabila kedua-dua subjek ini diajar dalam bahasa Inggeris di peringkat universiti. Situasi ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan untuk meningkatkan kefahaman asas mahasiswa akan datang dalam bidang sains dan matematik agar dapat memberikan persaingan yang lebih besar di peringkat global.
Jika dikaji semula juga, hanya segelintir sahaja mahasiswa yang betul-betul kompeten dalam berbahasa Inggeris dan ini bercanggah dengan pendapat penulis. Oleh itu, usaha kerajaan ini adalah untuk mengurangkan ketidak cekapan mahasiswa dalam berbahasa Inggeris.
6. Kerajaan bukanlah hanya menumpukan kepada perkembangan sains dan teknologi semata-mata, malah kerajaan juga menumpukan kepada sains sosial. Antara usaha kerajaan ialah mewujudkan Universiti Islam Antarabangsa, mewajibkan matapelajaran sejarah dan pendidikan Islam dalam silibus pendidikan, mengambil alih Sekolah Agama Rakyat agar boleh ditingkatkan keperluan sekolah SAR, menawarkan kursus guaman, sains sosial, ilmu Usuludin, ilmu wahyu dan lain-lain dalam universiti tempatan, serta menawarkan biasiswa serta pinjaman pendidikan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir, Syria, Iraq dan lain-lain. Bukti ini menunjukkan kerajaan tidak mengabaikan aspek sains sosial dalam pembangunan negara.
Malah, dalam kebudayaan pula, kerajaan telah berusaha mempertahankan nilai kebudayaan tempatan iaitu dengan mempromosikan batik, songket, Citrawarna Malaysia, Istana Budaya, sudut sastera dalam media massa dan elektronik, mewajibkan membelajari komponen sastera dalam silibus pendidikan seta usaha-usaha lain. Dengan itu juga, nilai kebudayaan tempatan juga tidak diabaikan dalam mengejar pembangunan sains dan teknologi.
7. Penolakan mahupun penerimaan rakyat PPMSI bukanlah cara yang baik untuk diaplikasikan. Adalah lebih baik diserahkan kepada yang memiliki pengetahuan serta pandangan luas terhadap perkara ini. Jika diambil dari ajaran Islam sendiri, mengapakah banyak perubahan dilakukan terhadap kaum Arab semasa Islam mula menjejak di tanah Arab sedangkan perubahan-perubahan yang dilakukan itu dibantah oleh orang Arab sendiri. Pastinya perubahan itu ada hikmah di sebaliknya, iaitu untuk kebaikan umat manusia pada masa depan. Jika sesuatu perubahan yang dilakukan itu untuk tujuan baik, maka janganlah dihalang usaha itu. Malah sokonglah usaha baik itu untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.
salam..
thank 4 visiting my blog..
Salam ziarah..hmm..saya sedang kerisauan dengan adik yang bakal ambil SPM tahun ini..hendak tolong dia di asrama..dia cuti saya tak cuti..saya dulu belajar bahasa melayu..kasihan pada adik yang agak lemah dalam Bahasa Inggeris..lagi-lagi mesti belajar subjek Matematik Tambahan dan Sains dalam Bahasa Inggeris..
1. Maklumat yang banyak dalam bahasa Inggeris itu boleh dipindahkan ke bahasa Melayu. Kita ada Institut Terjemahan Negara (ITNM). Kita ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peruntukan berbillion ringgit untuk ppsmi boleh disalurkan ke tempat yang lebih layak. Pelajar tidak akan bermasalah, perlembagaan negara juga tidak diperlekehkan dan bahasa Melayu juga tidak tergugat. Bukankah cara ini lebih baik?
2. Apakah selama ini pelajar kita gagal menguasai sains dan matematik? Apakah bahasa Melayu gagal memainkan peranannya sebagai bahasa pengantar untuk sains dan matematik di sekolah? Jika maklumat dan sumber rujukan atau buku-buku dalam bahasa Melayu dikatakan kurang, apakah dasar ppsmi akan menambah baik keadaan ini? Bukankah ppsmi akan hanya membenamkan usaha memperkembang bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi? Maklum sahaja, apabila pelajar sudah mahir dalam bahasa Inggeris, apa perlunya lagi buku-buku dalam bahasa Melayu?
3. Berapa peratus pelajar kita yang belajar hingga ke luar negara? Berapa peratus yang bersaing di peringkat antarabangsa? Berapa peratus pula yang berjuang untuk kelangsungan hidup dalam negara sendiri? Apakah selama ini pelajar kita gagal untuk bersaing di arena antarabangsa? Bukankah pelajar kita yang sekarang ini sedang menuntut di Russia, UK, Jerman, Jepun, New Zealand dan sebagainya itu mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu ketika di sekolah? Apakah para pelajar ini gagal bersaing? Justeru, yang pulang dari luar negara dengan pelbagai kejayaan itu siapa?
4. Benarkah peratusan kelulusan mata pelajaran sains dan matematik meningkat? Kita hanya diberikan figura sekian-sekian jumlah yang mendapat A, tetapi pernahkah kita tahu berapa peratus pula yang mendapat C, D dan E? Adakah peratusan yang gagal juga meningkat? Tidak mustahil ia meningkat kerana jumlah pelajar yang semakin ramai. MEngapa fakta ini tidak didedahkan?
5. Belajar menguasai bahasa seharusnya dalam kelas bahasa, bukan kelas sains dan matematik. Perkasakan sahaja mata pelajaran bahasa Inggeris.
Saya berikan satu contoh soalan yang dikeluarkan dalam satu ujian bulanan pelajar tahap 1:
5 + 6 = ____
A. 11
B. 14
C. 12
D. 13
Jika pelajar menjawab soalan di atas dengan betul, apakah kita akan katakan bahawa pelajar ini telah menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Bagaimana kita boleh menentukan bahasa apa yang digunakan oleh pelajar ketika mereka menjawab soalan di atas? Hanya kerana soalan tersebut diletak di ruangan soalan berbahasa Inggeris maka kita katakan ppsmi berjaya dan pelajar sudah mampu menguasai bahasa Inggeris?
Post a Comment