SalaAm..
Hari ini ada Majlis Anugerah Cemerlang di kolej. Mengikut perancangan asal, sepatutnya Ketua Pengarah Matrikulasi yang datang untuk majlis ini. Tapi digantikan dengan ADUN Kuala Nerang. Tak kisahlah siapa pun yang datang asalkan majlis dapat dijalankan dengan lancar.
Apa yang nak disampaikan di sini sebenarnya adalah gaya bercakap yang menyakitkan hati. Mungkin bagi beliau, gaya itu menunjukkan kepemimpinannya. Tapi bagi saya, tak nampak langsung keterampilannya sebagai pemimpin. Masa yang diberi untuk berucap mungkin panjang. Tapi sebaik-baiknya ucapan yang disampaikan adalah pendek tetapi padat. Itu gaya penyampaian orang berilmu. Bukannya bercakap seperti orang baru belajar mengeja.
Sedih bila mengenangkan kisah lama. Sudah agak lama saya tidak merasa mengambil anugerah. Bukan riak atau apa, sekadar berkongsi. Jika dulu semasa di sekolah rendah, saya tidak pernah terlepas peluang menaiki pentas setiap tahun. Setiap kali ada pertandingan di luar kawasan sekolah seperti kuiz kesihatan dan kuiz sains angkasa, sayalah yang mula-mula dicari.
Sempat saya mengalirkan air mata apabila Tokoh Pelajar diumumkan. Siapa yang dapat? Tidak. Bukan saya. Tetapi saya teringat piala paling tinggi yang saya pernah dapat adalah piala Tokoh PelajarHarapan semasa di Tahun 5. Piala itu sya letakan di ruang tamu rumah sehingga saya masuk ke asrama. Ketika pulang dari asrama semasa cuti penggal di tingkatan satu, saya dapati piala itu sudah patah!! Tak ada seorang pun antara adik-adik saya yang mahu mengaku (siapa yang berani mengaku kalau dapat kakak garang macam ni..). Bukan itu saja. Malah piala-piala lain yang saya dapat pun rosak satu-persatu. Daripada satu kotak piala, sekarang yang tinggal hanyalah empat sahaja.
Kegemilangan itu kini hanya tinggal masa silam. Saya perlu memecut untuk mengembalikannya. Harap-harap usaha untuk peperiksaan akhir minggu depan tak sia-sia..
No comments:
Post a Comment