SalaAm..
Tiba-tiba malam tadi dapat satu ilham. Rasa nak berkarya pula hari ni. Kalau nak baca, bacalah. Kalau tak nak, tak payah. Ini salah satu fragmen novel yang tak disertakan sekali dalam novel tu.
#Fahimi berdiri seketika di hadapan bilik Dr. Aleeya. Dia mengintai melalui cermin kecil di sisi pintu. Doktor muda itu kelihatan sedang menanti seseorang. Setiap beberapa saat, dia akan menoleh ke arah pintu yang nampaknya masih belum mahu berkeriut. jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Akhirnya, Aleeya bangkit dari kerusinya.
"Hmm.. Encik Fahimi, tolonglah jangan buat macam ni! Terkejut Leya tau." ujar Dr. Aleeya tatkala Fahimi menyergahnya di hadapan pintu. Dia baru saja hendak turun makan di kafe setelah puas menanti kedatangan Fahimi.
"Salah ke?" tanya Fahimi menyakat.
"Sudahlah. Dahlah datang lambat. Kerjanya tak habis-habis menyakat orang. Masuk," arah Aleeya. Fahimi mengikut langkah kaki Dr Aleeya. Matanya tidak lepas memandang doktor sebayanya itu. Gadis itu memang cantik pada pandangan matanya. Ditambah pula dengan kebijaksanaannya yang membolehkan Aleeya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada usia muda.
"Sekejap.." kata Fahimi ketika Aleeya hendak berdiri semula setelah menyelesaikan tugasnya.
"Apa lagi ni?" tanya Aleeya. Fahimi menarik stetoskop yang tergantung di leher Aleeya dan memasangnya semula. Kemudian, dia melekapkan hujung stetoskop itu ke dadanya sendiri.
"Leya, dengar.." ujar Fahimi.
"Kenapa, Mi? Leya kan dah dengar tadi?"
"Dengar sekali lagi.. Hmm.. Kalau tiba-tiba, satu hari nanti bila Leya buat macam ni, bunyinya macam ni.." ujar Fahimi sambil mengalihkan stetoskop itu dari dadanya.
"Leya masih sayangkan Mi macam sekarang?" sambung Fahimi. Aleeya terkedu.
"Mi cakap apa ni?"
"Mi tanya betul-betul ni.."
"Mi ingat, Leya terima cincin ni macam mana?" balas Aleeya setelah berfikir sejenak. Cincin pertunangan yang sedang dipakainya dibuka dan diletakkan di atas meja. Mata mereka sama-sama merenung benda bulat yang berkilau itu.
"Pakai balik, Leya.." arah Fahimi setelah menyedari apa yang berlaku.
"Soalan Mi dah terjawab ke?" tanya Aleeya.
Kedengaran ketukan di pintu. Zamil masuk ke bilik kecil itu tanpa berkata apa-apa.
"Kacau daunlah abang ni.." gerutu Fahimi.
"Ibu dah telefon. Kan ibu pesan malam tadi, jangan lama sangat"
"Okey. Dah siap pun.. Leya nak makan tadi, kan. Jomlah turun sekali.." ajak Fahimi. Zamil hanya mampu menggeleng. Adiknya yang satu ini memang degil.#
*Huhu.. Dah tak tau apa nak tulis.. Tapi kisahnya macam tulah. Dari doktor yang jaga kat hospital, jadi doktor peribadi.. Macam lawak je..
No comments:
Post a Comment