Wednesday, June 30, 2010

Mahligai Atas Runtuhan

Sajak sendiri disiarkan dalam Metro pun tak tahu.. Aduh! Tak apalah, letak di sini sahaja..

Merata-rata
Ku lihat mahligai tersergam
Hanya tinggal runtuhan
Sisa-sisa
Hanya air mata

Dan di atasnya
Berdirilah pereka-pereka
Memegang kertas-kertas
Gadangnya lorekan
Indahnya

Dan dibinalah
Istana yang masih harum
Masih mekar bunganya
Di atas runtuhan-runtuhan

Lenakah tidurnya
Pemilik-pemilik istana
Atas temulang perindu mahligai
Yang masih merintih

Di bawah ranapnya mahligai
Yang asalnya harum
Kini gelumang titisan jernih
Dari hati yang pedih

No comments: