SalaAm..
Hari ini HaWa duduk saja di rumah. Demam. Mungkin kerana trauma kalah debat semalam. Dari pagi HaWa cuma keluar bilik sekali-sekala sahaja.
Kawan-kawan masak tomyam, HaWa makan sikit saja. HaWa ajak mereka ke kampus sebab hendak jumpa Hafiz Hamidun. Sekadar teringin. Lagipun orangnya sudah di sini. Tapi tak seorang pun yang mahu ke sana.
Malam, HaWa layan internet sepanjang masa. Pening belum habis lagi.
Dalam pukul 12, Pedy datang ke rumah. Dia telefon kawan HaWa suruh panggil HaWa keluar. HaWa pun ikut sajalah. Rupanya ada kejutan untuk HaWa.
Apa?
Dia minta untuk rakam satu video untuk HaWa. Khas untuk HaWa, dari Hafiz Hamidun!
Haha.. Terasa sangat kelakar. Tapi video itu masih pada Pedy. Nanti kalau dia sudah masukkan ke dalam komputer, HaWa masukkan ke blog. Tunggu, ya?
1 comment:
kalah menang adat pertandingan .. yang penting .. usaha lagi dan lagi ... ok :) ... have a great day
Post a Comment