Wednesday, October 28, 2009

Laluan Kehidupan..

SalaAm..

Detik demi detik berlalu, tak disedari rupanya sudah sampai ke penghujung semester satu. Sudah satu semester HaWa memegang gelaran mahasiswa. Banyak juga yang dipelajari sepanjang tempoh satu semester ini. Bukan sekadar yang diajarkan di dalam bilik kuliah semata, pendidikan hidup juga berjalan selayaknya seoang manusia.

Bagi siswa-siswi UiTM, hari ini sudah bermula penilaian akhir. Peperiksaan petama yang akan diduduki adalah TITAS pada hari penghulu hari, Jumaat ini. Kertas seterusnya Jumaat hadapan, History and Philosophy of Science, PHI454. Harapan menggunung supaya dapat dijawab soalan-soalan itu nanti.

Tak pernah lagi kedengaran desas-desus pelajar yang mengulang subjek TITAS. Alangkah malunya andai sejarah Islam pun tak dapat dihafal.

PHI apatah lagi. Soalannya sudah pasti. Ulangan hampir setiap soalan setiap semester. Payahnya pada kerja menghafal. Hafal falsafah Aristotle, Newton, penerangan sistemik, ilmu... Tebalnya nota yang harus diingat. Ya ALLAH, permudahkanlah..

Ini baru ujian yang dibuat oleh manusia. Sukarnya menembusi sekatan laluan kejayaan. Mampukah kita melepasi 'ujian' ALLAH?

P/s: Kita hanya hamba.. Ingatkah lagi pada janji itu?

3 comments:

anak laut said...

salam.....ukhwah,


anaklaut dari jauh mendoakan kejayaan hawa dalam exam tu..ya..

didoakan juga moga allah swt memudahkan dalam semua urusan yg hawa lakukan amin..

tq singgah anaklaut.

p/s: aanklaut izinkan....

apdm said...

salam..
ada lah sygku wess..

utkmu..
[:..Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29..:]
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Unknown said...

Salam

Uncle doakan Hanis berjaya dan dirahmati Allah.