Monday, October 12, 2009

Kisah

SalaAm..


Petikan Mimpi, sambungan Cahaya Idaman.

Siapa yang faham akan faham..


“Fahimi, kau ni biar betul?”

“Betullah. Kalau aku kata aku nak kahwin masa cuti nanti, apa salahnya?”

“Tapi kau ni melampau benar cepatnya. Kasihan Aleeya. Mesti dia terkejut,”

“Aku rasa tak,” sampuk Zamil.

“Err.. Abang, bila Abang balik?” tanya Fahimi.

“Sudah lama. Abang tengok Mi rancak berbual dengan Nazri, sampaikan Abang balik pun tak sedar,”

“Jadi kau dengarlah apa yang kami bincangkan dari awal?” tanya Nazri.

“Aku dah tahu masa di rumah lagi. Kononnya rahsia dia tu besar sangatlah hendak disorok-sorok,”

“Rupanya dia ni pengintip juga. Ingatkan dia nasihatkan orang, dia tak buat,”

“Sekurang-kurangnya Abang ada hak untuk tahu apa yang adik Abang bicarakan dengan Ibu,”

“Abang tak pernah merasakan sakitnya sebuah kehilangan,”

“Mi salah. Abang pernah merasakan sakitnya. Malah terlalu sakit kehilangan tu sebab orang yang “hilang” tu sebenarnya ada di depan mata Abang setiap masa,”

“Mi tak faham,”

“Mi mungkin takkan faham. Mi tak tahu betapa sakitnya Abang rasakan bila abang jadi orang terakhir dapat tahu Abang punya seorang adik. Juga teramat sakit apabila Abang dapat tahu yang adik Abang sudah bertunang di luar pengetahuan Abang. Lebih sakit lagi bila Mi cuba rahsiakan segala-galanya daripada Abang. Terasa macam Abang dipinggirkan. Abang dapat rasakan yang Ibu lebih sayangkan Mi daripada Abang, tapi Abang terpaksa terima dan telan semuanya bulat-bulat. Abang terpaksa terima hakikat yang Ibu lebih prihatin terhadap Mi, sebab Abang sedar, Mi yang memberi kekuatan pada Ibu semasa Ibu dan Ayah berpisah dulu, bukannya Abang,”

“Abang, janganlah cakap macam tu. Ibu dan Ayah sayangkan Abang, macam mereka sayangkan Mi juga, kalau Abang rasa mereka lebih sayangkan Mi,”

“Sudahlah tu. Semuanya sudah berlalu. Lupakan saja. Sekarang ni masa untuk membina hidup yang baru. Masih banyak yang perlu dikejar,” ujar Nazri.

2 comments:

SieRRa183 said...

cam best je cahaya idaman ni....
klau dah siap tlis citer ni bleh la post kat aq novelnye..
aq nk bace..
hehe!

YoshaMaDa said...

SalaAm..

XhaRra, bukan hang dah baca ke dulu?

Tapi bukan yang ni. "Mimpi" kita baru tulis lepas masuk sini.