SalaAm..
Semalam ahli-ahli kuliah HaWa buat program mengelilingi Alor Setar. Akhirnya sampai juga HaWa ke sana selepas beberapa cubaan. HaWa tak cukup berani untuk ke sana sendirian (atau berdua) walaupun dah boleh dikira pakar dengan jalan-jalan di kawasan itu selepas setahun di Kedah.
Tempat pertama yang dikunjungi adalah Alor Setar Parade. Kali kedua HaWa sampai ke tempat ini. Pertama kali sampai dahulu, HaWa cuma sempat lalu saja di hadapan kedai-kedai yang ada sebab masa yang ada kebanyakannya dihabiskan untuk membeli barang makanan untuk dijual sebagai yong tau fu. Geram rasanya bila ternampak kedai Popular di tingkat 3. Habislah seluruh kedai 'dibongkar' semalam, tapi tak jumpa sambungan Takluk Jagat : Bisikan Ariasha. Agaknya di mana lagi hendak dicari?
Destinasi kedua, City Plaza. Sebelum itu, kami singgah dahulu di Pusat Dakwah yang jaraknya cuma dua saat dari City Plaza. Kalau tak percaya, pergilah ukur sendiri. Di sana pun ada Popular juga, tetapi buku yang dicari masih belum ditemui. Kuat benar penangan buku tulisan Zaki Zainol itu. Agaknya HaWa terpaksa tunggu sampai buku itu habis diproses oleh pihak pustaka baru boleh dibaca. Takluk Jagat : Amukan Indera Bumi. Kenapa Indera bumi mengamuk?
Selepas habis meronda di City Plaza, kami terus ke kuala Perlis. Perjalanan yang agak jauh memberi masa untuk kami melelapkan mata seketika. Bayu petang menyambut kehadiran kami. Laut nampak tenang dalam rembang senja. Asar ditunaikan sebelum kami menyambung aktiviti fotografi.
Sebelum jam tepat menunjukkan 9 malam, kami meninggalkan Kuala Perlis. Kampus meriah dengan acara tarawih bersama Naib Canselor UiTM. Kami sekadar lalu di Pusat Islam. Kepenatan di jalan, tarawih yang 8 tinggal 2. (Jangan ditiru.)
PEnat, tapi seronok. Lebih seronok kalau semua ahli kelas ada bersama. HaWa harap program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kami.
1 comment:
wahh...bestnye jln2 kat alor star...
rndu la nak g city plaza,star parade...
adoi,knangn btol la...
x smpat nak explore abis alor star tu..
hehe!
Post a Comment