SalaAm..
Dua hari lepas aku bertemu lagi dengan seorang temanku semasa di SM Sains Miri dahulu. Jejak Kasih lagi! Kali ini dia yang datang kepadaku. Rupanya telahanku benar.
Aku bertemu 'Hajar' di dunia realiti, tetapi namanya bukan Hajar dan nama asalnya bukan Catherine. Nama 'Hajar' yang ku temui adalah Aisyah dan nama asalnya Regina. Aku masih mencari-cari kalau-kalau aku akan bertemu 'Zamil' pula di sini.
Dalam situasi ini, aku menjadi 'Fahimi', hanya menonton sahaja perubahan yang berlaku tanpa mengetahui rahsia di sebalik perubahan itu.
NAmpaknya Cahaya Impian telah mempengaruhi kehidupanku. Bila agaknya buku itu akan diterbitkan?
No comments:
Post a Comment