Thursday, September 17, 2009

Dapat!

SalaAm..

Hari ini kampus sudah kosong. Cuma tinggal beberapa orang saja lagi dan kebanyakannya adalah pelajar-pelajar yang merungut-rungut kerana kelas mereka tidak dibatalkan sedang orang lain sudah dalam perjalanan pulang ke kampung halaman atau sudah sampai di rumah masing-masing.

Kesunyian melanda kampus. Bilik HaWa ikut sunyi sebab adik diploma dan kakak Marin tu sudah 'cabut' awal-awal. Sepatutnya adik itu pulang hari ini, tetapi entah macam mana dia boleh dapat tempat semalam. Tinggal HaWa sendirian di dalam bilik.

Sebelum balik, mereka tak berkata apa-apa pun pada HaWa. Sedih juga rasanya. Tapi tak mengapa sebab bukan mereka saja yang ada dalam dunia ini. Mereka fikir mereka boleh buat apa dengan boikot HaWa begitu?

Duit gaji sudah dapat. Esok HaWa pulang, ke KL. Bukan ke Perak.

2 comments:

SieRRa183 said...

salam hawa...
esok blik kl ye..nek bas ke?
ati2 tau...jge dri...(^.^)

YoshaMaDa said...

SalaAm..

Naik tren.. Bas susah dapat. Kena ke Kangar..