Wednesday, August 12, 2009

Award+Tag



Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini
1. Salah seorang fasilitator masa HaWa mula-mula masuk matrik di Kuala Nerang.
2. Dulu HaWa tak tahu kewujudan dia sampailah terjumpa dalam profil Facebook kawan sekelas HaWa.. (Macam kenallah nama tu..)
3. Senior HaWa di matrikulasi dan senior juga dalam PRD (Pembimbing Rakan Dinamik).(Patutlah rasa macam pernah dengar nama Fazrulhisyam..Rupanya Sir selalu sebut-sebut..)
4. Pernah ditawarkan jawatan Presiden PRD.
5. Tak pernah jumpa lagi dengan dia lepas orientasi, tapi selalu lawat blog dia.. Well, dah hobi..

Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
1. Dalam proses menyiapkan 3 buah novel, 1 genre Sai-fai, 2 tak ada genre lagi.
2. Dalam proses (juga) menaip satu novel yang dah disiapkan pada 7 Februari lepas(mula tulis pada 2 Julai 2006).
3. Pelajar jurusan Matematik Pengurusan di UiTM.
4. Sangat suka membaca tak kisahlah di mana pun atau apa yang dibaca (asalkan bukan dalam bilik kecil).
5. Ada masalah insomnia, takkan dapat tidur selagi belum pukul 2 pagi kecuali dalam keadaan yang sangat letih (ada sesiapa boleh tolong??).
6. Sangat malas untuk balik ke kolej waktu tengah hari (jauh tu..).
7. Ada paling tidak 2 akaun dalam Friendster, Myspace dan laman komuniti yang sewaktu dengannya (tak percaya cuba cari nama Hawa Niswah).
8. Haha.. No. 8 ni istimewa sikit sebab HaWa lahir bulan 8. 29 Ogos 1990. (Terima kasih, ibu, kerana melahirkan HaWa..).
9. Sangat tak berminat untuk menggunakan alat-alat kosmetik seperti mekap dan maskara.
10. Kalau dah jumpa internet, boleh duduk depan komputer sampai 5 jam tanpa henti.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya, dan ceritakan tentang mereka
1. Nina a.k.a Sisla - Kawan baik masa ikut Kursus Bahasa Arab di Kolej Islam Darul Ulum, Kedah lepas habis SPM sebelum pergi PLKN(masa tu selalu lalu depan KMKN tapi tak perasan pun ada kolej kat situ).
2. Sir Sirhan (agaknya dia buat ke tak??) - Pensyarah Bahasa Inggeris HaWa masa di KMKN, juga penasihat PRD yang sangat dedikasi.
3. Ayul - apa yang HaWa tahu, dia follow HaWa di blogger.
4. Aisyah - Adik HaWa yang no 4, rajin sangat buat blog dia, rasanya satu saja entri yang dia ada setakat yang HaWa tahu. (Baik tak payah ada blog, Cah. Tak apa.. Akak tolong tambah entri. Ambillah anugerah ni..)
5. Mas-Ai - Follower Hawa juga, Hmm. Lupalah bila macam mana HaWa boleh kenal akak ni, tapi HaWa baca juga blog dia..
6. Syahidah - Kebetulan dia komen di entri HaWa pasal PPSMI, HaWa pun masuk blog dia dan baca juga entri dia..
7. Puteri2ibunda - Ini blog adik-adik HaWa yang perempuan, ada 3 orang bertanggungjawab buat blog ni. Kadang-kadang HaWa masuk campur, tapi sekarang tak lagi..
8. Mak Su - Ini adik ibu yang paling rapat dengan HaWa..
9. Siapa yang baca entri ni mesti buat.
10. Dah tak tahu nak suruh siapa lagi. Boleh tolong buat 2 kali tak?? Hehe.. Gurau saja..

1 comment:

Anonymous said...

salam..
dak kmkn gak ek..??
slmt berblog..huhuhu