1. SalaAm..
2. HaWa sudah mula belajar programming dengan serius. Dulu memang HaWa tak minat dengan programming, tapi sekarang benda tu dah nampak mudah sangat. Untuk permulaan ni kami cuma belajar asas C++ bagi subjek CSC415.
3. Subjek ACC107 juga nampak sangat mudah sebab belum masuk bab meletakkan item di bahagian kredit dan debit lagi.
4. MAT441 baru selesai masalahnya pagi ini sebab sebelum ni pengecualian kredit untuk MAT421 belum dilakukan. Pagi tadi baru HaWa jumpa Ketua Program (Pn. Jasmani)untuk pastikan apa yang HaWa lakukan tu betul.
5. HBU111 pula HaWa tak perlu ambil sebab kreditnya dikecualikan untuk Program Latihan Khidmat Negara yang HaWa sertai dulu. Tak sia-sia rupanya HaWa pergi ke sana. Paling tidak HaWa tak perlu berpanas setiap petang Jumaat semasa di universiti.
6. MAT423 sangat senang untuk bahagian pertama ni sebab HaWa dah kuasai tajuk Matrik sejak di sekolah lagi. Mungkin bahagian kedua nanti agak menggerunkan sebab bab vektor tu agak lemah.
7. CTU551 pula nampaknya agak tidak merisaukan sebab HaWa dapat giliran pembentangan minggu keSEMBILAN. Cuma tajuknya agak sukar sebab berkaitan Tamadun China. Mujur HaWa teringat yang sebahagian maklumat tu ada dalam buku teks Sejarah.
8. Macam ada sesuatu yang ada kaitan dengan SEMBILANlah. Apa agaknya ya? Sudah sebulan HaWa tahu, (malah itu adalah sebelum ada kepastian dan tekaan HaWa tepat sekali,) tapi ada orang yang tak nak beritahu. Apa agaknya, ya?
9. HaWa ingat HaWa lahir bulan 8, bukan 9. Tapi kenapa nombor 9 tu rasa macam pelik?? Mungkinkah sebab 29 Ogos?? Entahlah..
No comments:
Post a Comment