Monday, June 22, 2009

Zaman Universiti

SalaAm..

UiTM Arau menjadi tempat pilihan pihak Mohe untuk meletakkan aku sebagai salah seorang pelajarnya. Mungkin ramai menyangka program peringkat ijazah bagi UiTM hanya terdapat di kampus Shah Alam sahaja. Ternyata telahan itu tidak benar. Banyak juga pelajar program ijazah yang 'dicampakkan' ke sini.

Aku melihat UiTM sebagai salah satu institusi yang berprestij walaupun kebanyakan pelajar menjadikan UiTM sebagai pilihan terakhir untuk melanjutkan pelajaran. Diskriminasi yang dilakukan oleh segelintir pelajar ini tidak melunturkan semangat pihak pengurusan UiTM untuk menambahkan jumlah pelajar sehingga mencapai jumlah 200,000. Bagi para pelajar, mungkin jumlah ini mengganggu fikiran kerana mereka terpaksa tinggal di luar kampus bagi memberi laluan kepada pelajar semester pertama untuk tinggal di kolej kediaman yang telah disediakan.

Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan bukanlah hak kita sahaja melainkan hak semua warga, bumiputera terutamanya. Oleh itu aku ingin mengingatkan pada teman-teman seperjuangan agar tidak terlalu taksub untuk mendapatkan tempat di kolej kediaman yang ternyata terhad. Tidak salah mencuba, hanya janganlah apabila tidak mendapat tempat nanti kalian melakukan demonstrasi besar-besaran atau mogok sendirian.

Niat kita datang ke mari adalah untuk belajar dan hanya untuk menimba ilmu dunia dan akhirat.

No comments: