Sunday, February 22, 2009

Ke Makam Bonda

Usman Awang

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


Bersempena konsert pertama di KMKN.. UNIC datang (juga buat pertama kali) ke Kuala Nerang.. Lagu ni sangat menyentuh perasaan sebenarnya. Jarang sekali ada orang yang berjaya menghayati lirik lagu ni. Pernahkah kita ingat pada ibu semasa kita sedang dalam kegembiraan? Bila ibu sudah tiada, inilah sahaja yang mampu kita berikan. Bacakan surah, bersihkan kubur, dan siramkan air mawar di pusaranya.

Aku akui aku sendiri rasanya tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada ibu kerana melahirkanku. Tapi aku sebenarnya tidak mampu untuk mengucapkannya kerana ucapan terima kasih itu sekarang terlalu murah. Tidak selayaknya diucapkan kepada orang yang telah banyak bersusah payah membesarkan kita.

Aku selalu ingin mengucapkannya kepada ibu. Tetapi tidak pernah sekali pun ibu dapat mendengarnya. Lidahku tidak pernah sanggup melafazkan kata-kata itu kerana di hatiku aku berkata kata-kata itu tidak selayaknya untuk ibu. Juga pada ayah yang bekerja 23 jam sehari. Aku tahu apa yang difikirkan ayah kerana aku dididik dengan perasaan yang terlalu halus. Sedikt gertakan saja sudah membuatku menggigil. Tidak perlu dengan suara tinggi.

Tak percaya? Tanyakan saja pada pensyarah kesayanganku, Miss Nurul dan Mdm Syazlin. Berapa lama masa yang mereka perlukan untuk membuatku menitiskan air mata? Terlalu singkat sehinggakan teman-teman sering memandang rendah terhadapku. Pernah sekali temanku menegur kerana aku menangis ketika Miss Nurul memberitahu tentang keputusannya menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke UPSI. Miss Nurul membelaku dengan menyatakan bahawa nilai sentimental bagi setiap orang berbeza.

Teman-temanku di sekolah dulu juga selalu menegurku kerana terlalu sensitif. Seorang teman yang lahir tepat seminggu sebelumku mengeluarkan teori bahawa hanya individu yang lahir pada bulan Ogos sahaja yang akan dapat memahami orang yng lahir pada bulan itu. Siapa? Dia sendiri, Fakhriyyah aku tidak nampak. Naemah.. Adalah juga. Miss Nurul.. Hmm. Yang ini begitu ketara.

Temanku itu mengeluarkan teori berdasarkan pengalaman, dan ternyata teorinya benar dan sebenarnya setelah ku kaji, teori itu sudah wujud dan dipakai zaman-berzaman. Kalian dapat teka apa yang sedang aku lakukan sekarang? Aku rasa tidak perlu ku beritahu lagi kiranya kalian membaca dengan penuh perhatian catatanku di atas.. Luaskan pandangan kalian ke dunia penuh emosi dan rasakan ketenangan setiap kali menghadap Tuhan Pencipta Alam..

Buat ibu, maafkan ku kiranya aku masih akan sering menguris hatimu lagi. Aku manusia yang punya perasaan yang tidak terkawal. Aku sekarang sedang dilanda sakit berat kerana terlalu tekun dengan kerja-kerja yang perlu aku selesaikan di sini. Aku tak tahu bila aku akan bisa punya waktu untuk diriku sendiri. Sedang aku menulis di sini pun aku sebenarnya masih mencari jalan menyelesaikan tugs mencipta montaj untuk program dalam tempoh 2 minggu ini.

Maafkan aku kerana aku tahu aku masih sering tidak mempedulikan kata-katamu. Bukan aku tidak mendengar, tetapi aku sebenarnya sudah menghafal setiap butir bicara ibu sebelum ibu sempat mengucapkannya kepadaku. Aku sudah lakukan semuanya sehingga aku tidak tahu apa lagi yang ibu katakan itu tidak pernah ku cuba. Benarkan aku memilih jalan hidupku sendiri, bu. Aku bukannya robot..

2 comments:

cpy/pst said...

akum hawa~
tq singgah kat blog arituh..
ye, tgh study kat uitm seri iskandar..
and u?

Sebatik Hatiku said...

amacam? adik dah tahu menjana pendapatan melalui blog?

abgbent